http://thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds/item/353/asInline.html

http://thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds/item/353/asInline.html
http://thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds/item/353/asInline.html

August 23, 2009

Hari 2 Ramadhan







sambal tumis udang & sotong








sayur bayam masak air





















ikan bawal kicap







Hari ni berbuka resepi yang simple. banyakkan makan sayur.

Bayam Masak Air
1 ikat bayam-dipotong dan dibasuh bersih
1 biji cili merak
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar-semua dihiris
garam secukup rasa

Tumis bawang dan cili bersama sedikit minyak masak sehingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan juga batang bayam. Apabila air mula mendidih, bolehlah dimasukkan daun bayam.tambahkan garam. Bila lembut.. tutup api

Hari 1 Ramadhan

salam, dah lama tak post entry sejak dah mula kerja. Memang tak sempat. Actually ada banyak yang nak post tapi i'll add one at a time.
Berbuka hari pertama Afis masak Nasi Beriani dgn ayam masak merah. Kesiankan anak-anak sebab puasa hari pertama. Tentu expect something special.. lagipun hari cuti.










ayam masak merah




















nasi beriani














kerabu timun









AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam -dipotong, gaul dgn garam kunyit dan goreng (jgn terlalu kering)
Bahan untuk dikisar:
4 sudu makan cili boh
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
1/4 cwn susu low fat/santan
bawang besar -dipotong bulat
minyak masak
Garam, gula secukup rasa

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam,bawang besar, garam, gula dan 1/4 cwn susu/santan.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

July 28, 2009

Moi kosong, sayur and sambal bilis



Menu hari ni simple saja. Macam menu orang demam pulak iaitu moi kosong, sayur tauge kucai dan sambal bilis.

Rasanya semua pandai masak moi kan? Jadi disini ditulis resepi utk sambal bilis saja

Sambal ikan bilis
5 bwg merah
2 bwg putih
15 tangkai cili kering- kesemua diblend hingga halus
segenggam ikan bilis ditumbuk kasar
air asam jawa, garam dan gula -ikut rasa
Panaskan minyak 2 sudu makan, masukkan ikan bilis ditumbuk tadi sehingga agak kekuningan.
Kemudian masukkan bahan dikisar. Masukkan garam, gula dan air asam mengikut rasa.
Masakkan sehingga naik minyak. Baru diangkat.

** Sambal ni juga sedap dimakan bersama Lempeng.

July 27, 2009

Ikan Siakap 3 Rasa



dah lama tak makan ikan siakap stim . Tapi tiba-tiba teringin pulak nak makan 3 Rasa. cari punya cari resepi terjumpa kat dalam F&R Cari.forum


1 ekor ikan siakap - lumur garam kunyit dan goreng
5 bwg putih -ditumbuk
3 bwg merah -ditumbuk
2" halia-mayang
8 cili padi - belah 2
garam, gula
1/2 cwn air - tp saya guna sikit saja air

Sos
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram

Goreng ikan - ketepikan. Tumis cili hingga layu. Masukkan halia, bawang putih dan merah hingga kuning.
Masukkan sos, tambah air dan rasa garam dan gula. Angkat dan siram ke atas ikan tadi. Siap.

salam




hai.. jumpa lagi

nama saya Muhammad Afham bin Fahruddin
umurrr 5 tahun lahh..

yang ini pulak saya dengan abang saya .. Amsyar. Umur 10 tahun.
A
Amsyar ni minat main bola sepak.

July 26, 2009

Nasi Ayam Afissmile





Nasi Ayam

1 ekor ayam -direbus bersama hirisan halia; toskan ayam-digaul garam dan kicap dan diperap
3 pot beras siam -dicuci dan toskan
10 ulas bwg merah-dikisar
5 ulas bwg putih -dikisar
1 labu bwg besar- dihiris bulat
2 inci halia- dikisar
4 sudu makan minyak sapi
Bunga cengkih, lawang,kulit kayu manis secukupnya untuk ditumis
garam kunyit-warna nasi

Cara memasak nasi
bwg putih, merah dan halia yang telah dikisar diambil separuh sukatan untuk menumis nasi.
Panaskan minyak sapi. Tumiskan cengkih, lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau masukkan bahan kisar tadi sehingga wangi. Sukat air rebusan ayam mengikut sukatan beras.Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam mengikut rasa.
Bila menggelegak, masukkan beras yang telah ditos. Masak sehingga betul-betul kembang dan masak.

Cara membuat sup
Tumis lebihan bahan kisar tadi dgn minyak sapi. Bila sudah harum bolehlah masukkan air lebihan rebusan ayam tadi. Biar mendidih . Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. tambah garam secukup rasa.

Cara membuat ayam
Ayam yang diperap tadi bolehlah digoreng dengan minyak masak.Bila habis bolehlah dibuangkan separuh minyak gorengan tadi dan masukkan bwang besar yang dihiris tadi kedalam minyak. goreng sehingga layu. Kemudian masuukan baki kicap perapan ayam tadi. Tutup api. Kicap ini bolehlah disiram di atas ayam goreng yang telah dipotong-potong.