October 15, 2009

Nasi Lemak Hijau

Hari ni adalah hari kemenangan setelah dapat melengkapkan puasa enam. Jadi hari ni beraya lah tanda kemenangan. Pagi ni masak Nasi Lemak Hijau (resepi diambil dari blog Ummi). Terima kasih Ummi di atas resepi yang sedap ni. Lain kali boleh buat lagi. . ni C&P je resepi.

Nasi Lemak Hijau –resepi asal oleh CMG
Bahan:-
4 cawan basmathi - cuci dan rendam 20 minit, toskan.
1 biji kelapa - ambil santannya.
10 helai daun pandan - kerat halus dan kisar
1 cawan air - untuk dikisar dengan daun pandan
(*saya tambah 1 titik pewarna hijau)
2 batang serai - dititik
1 helai daun pandan - simpulkan
1 inci halia - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
5 ulas bawang merah - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis *
1 kuntum bunga lawang *
5 kuntum bunga cengkih *
3 biji buah pelaga * (* bahan rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam (saya tak masukkan pun)
garam

Bahan sampingan:-
Timun/Tomato ceri
Telur dadar/telur rebus
Ikan/Ayam goreng

Cara Memasak:-
Beras diletakkan dalam rice cooker. Perah kelapa dengan air daun pandan yang dikisar tadi secukupnya. Ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan rempah, halia, serai, bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan santan secukupnya mengikut sukatan/jenis beras. Tambah garam dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan tuang santan ke dalam rice cooker. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masaklah nasi seperti biasa. Hidangkan dengan lauk/sambal kegemaran.

Jalan-jalan di Johor (2)

Hari terakhir di Johor singgah dulu kat Batu Pahat, Niat dihati nak merasa Nasi Beriani Gam yang famous di Johor. Tapi nampaknya bisnes masih bercuti memandangkan masih lagi mood raya. Jadi hari tu singgahla kat Medan Selera Peserai. Banyak jugak gerai yang tutup. Ada la 5 atau 6 gerai yang buka. Tapi hanya satu gerai yang mana orang beratur panjang. Ini sudah baik.. menunjukkan gerai ni jadi tumpuan. Kami pun beraturla menunggu giliran walaupun panjang. Tapi servis dia cepat.
Punyalah lapar sampai gambar nasi pun tak sempat snap. Rasa nasi tu ok la. Not bad. Tak apa lain kali cuba lagi kat tempat lain pulak.


Land mark nya kat depan Hospital Putra.

Jalan-jalan di Johor

Masa balik beraya ke Johor tahun ni lah yang paling banyak berjalan. Pergi ke Felda Redong, Labis (rumah mak saudara suami). Esoknya pula ke Pontian rumah adik ipar (Farahani). Sehari kemudian pulak ke Batu Pahat. Singgah jugak ke Air Hitam- seronok tengok macam-macam barang. Rambang mata.. sampai tak tau nak beli apa.. window shopping aja. Lagipun boot kereta dah penuh barang. Lain kali aja singgah lagi. Pastikan boot kereta kosong.

Amsyar di depan pasu-pasu hiasan

Aneka barangan porcelain

Pilih aneka bantal

Aneka beg

Aneka tit-bits

Gambar raya Afham dan Amira (sesat)

Lama tak jumpa

Salam Aidil Fitri. Belum terlambat untuk mengucapkan salam Aidil Fitri memandangkan kita masih lagi di bulan Syawal walaupun dah sampai ke penghujungnya. Hari ni dah 27 Syawal.

Dah lama tak post entry memandangkan sibuk dengan bermacam-macam hal. Tambahan pulak sejak akhir-akhir dah mula berjinak-jinak dengan dengan 'ladang baru' di alam maya (FV) sampai tak sempat nak buka blog sendiri.

Ok lah raya tahun ni giliran Johor pulak. Jadi tahun ni hari Sabtu baru mula berangkat ke Kampung Lenga, Muar Johor. Anak-anak memang seronok sangat kalau dapat beraya di Johor. Baru rasa macam beraya. Kalau beraya di Penang... katanya macam tak balik kg. Tak se-excited macam balik kg di Johor. Apa taknya... sepupu sepapat ramai.. sampai tak kisahkan makan minum.

But I still missed berkumpul adik-beradik di Penang. Tak pa lah next year giliran Penang pulak. Adil.. wait for me next year. Ada la a few gambar2 yang diambil masa raya hari tu. Punyalah sibuk nak makan.. sampai gambar-gambar juadah tak teringat nak snap.

Atuk bergambar dengan cucu-cucu


Gambar satu family tapi ada 3 keluarga lagi yang belum sampai(beraya rumah mertua masing2)


Fahruddin dan keluarga


Farahani dan keluarga



Ismail dan keluarga


Suami dan Muhd Afham

September 13, 2009

Tapai pulut

Ni kali pertama terjumpa tapai pulut yang dibalut dalam daun getah yang bertangkai. Satu tangkai ada 3 biji.. harganya RM1. Uniknya. Tapai pulut ni memang kegemaran arwah bapa. Siap diminumnya dengan air sekali. My anak semua tak suka makan.. sebab diorang bau pelik. Ye lah bau alkohol.



H1P3 berbuka puasa

Sempena bulan yang mulia ini, satu majlis berbuka puasa tak formal diadakan untuk pelajar H1P3. Teringat pulak zaman student dulu.. mak ayah jauh. Jadi sekali-sekala dapat menjamah juadah berbuka bersama kawan-kawan.. alangkah bahagianya.

Hari ini mungkin hari yang bersejarah bagi pelajar2 H1P3. Tentu mereka terkenangkan juadah berbuka yang dimasak oleh ibu masing-masing. Tersentuh juga hati.

Makanan semuanya dibeli di Pasar Ramadhan (Param) bukan dimasak sendiri.

Persiapan sebelum berbuka

'ustaz' 'che wan' sedang membaca doa (sampai tertutup muka)


'Mentara'- Melissa dan Nehlah

September 8, 2009

Menu berbuka hari ini

Dah lama tak post menu berbuka. Ini atas permintaan students supaya apa yang dimasak hari ni dimasukkan ke dalam blog. Tak ada apa yang special

Jenahak goreng bercili

Mee goreng

Maaf hari ni tak sempat nak tulis resepi. Tunggulah bila rajin nanti.