http://thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds/item/353/asInline.html

http://thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds/item/353/asInline.html
http://thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds/item/353/asInline.html

October 19, 2009

Amalan memakan buah

Ramai di antara kita menggemari buah-buahan sebagai sumber vitamin C. Tetapi ramai yang mengambil buah-buahan selepas makan. Amalan sebegini sebenarnya tidak baik untuk kesihatan kita. Info di bawah sangat berguna sebagai panduan untuk kita dalam menjaga kesihatan.

Adalah penting untuk mengetahui bagaimana dan bila masa paling sesuai untuk memakan buah-buahan. Tidak semudah yang kita sangkakan.

Bagaimanakah cara yang betul untuk mengamalkan pemakanan buah-buahn supaya kita mendapat manfaat daripadanya.
JANGAN AMBIL(MAKAN) BUAH-BUAHAN SEJURUS SELEPAS WAKTU MAKAN! BUAH-BUAHAN HENDAKLAH DIAMBIL SEMASA PERUT KOSONG/SEBELUM MAKAN.EATING FRUIT...
>>
>> It's long but very informative
>> We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and
>> just popping it into our mouths. It's not as easy as you think.
>> It's important to know how and when to eat.
>> What is the correct way of eating fruits?
>> IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! * FRUITS SHOULD BE
>> EATEN ON AN EMPTY STOMACH.
>> If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify
>> your system, supplying you with a great deal of energy for weight
>> loss and other life activities.
>> FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD. Let's say you eat two slices of
>> bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go
>> straight through the stomach into the intestines, but it is
>> prevented from doing so.
>> In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid.
>> The minute the fruit comes into contact with the food in the
>> stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to
>> spoil....
>> So please eat your fruits on an empty stomach or before your meals!
>> You have heard people complaining — every time I eat watermelon I
>> burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana
>> I feel like running to the toilet, etc — actually all this will no
>> t arise if you eat the fruit on an empty stomach. The fruit mixes
>> with the putrefying other food and produces gas and hence you will
>> bloat!
>> Graying hair, balding, nervous outburst, and dark circles under the
>> eyes all these will NOT happen if you take fruits on an empty
>> stomach.
>> There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are
>> acidic, because all fruits become alkaline in our body, according
>> to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter. If you have
>> mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of
>> beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight.
>> When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice,
>> NOT from the cans. Don't even drink juice that has been heated up.
>> Don't eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all.
>> You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins.
>> But eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you
>> should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly,
>> because you must let it mix with your saliva before swallowing it.
>> You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body. Just eat
>> fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be
>> surprised when your friends tell you how radiant you look!
>> KIWI: Tiny but mighty. This is a good source of potassium,
>> magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that
>> of an orange.
>> APPLE: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has
>> a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which
>> enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the
>> risks of colon cancer, heart attack & stroke.
>> STRAWBERRY: Protective Fruit. Strawberries have the highest total
>> antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-
>> causing, blood vessel-clogging free radicals.
>> ORANGE : Sweetest medicine. Taking 2-4 oranges a day may help keep
>> colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as
>> well as lessens the risk of colon cancer.
>> WATERMELON: Coolest thirst quencher. Composed of 92% water, it is
>> also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our
>> immune system. They are also a key source of lycopene — the cancer
>> fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin
>> C & Potassium.
>> GUAVA & PAPAYA: Top awards for vitamin C. They are the clear
>> winners for their high vitamin C content... Guava is also rich in
>> fiber, which helps prevent constipation. Papaya is rich in
>> carotene; this is good for your eyes.
>> Drinking Cold water after a meal = Cancer! Can u believe this?? For
>> those who like to drink cold water, this article is applicable to
>> you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However,
>> the cold water will solidify the oily stuff that you have just
>> consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge'
>> reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the
>> intestine faster than the solid food. It will line the intestine.
>> Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best
>> to drink hot soup or warm water after a meal.
>> A serious note about heart attacks HEART ATTACK PROCEDURE': (THIS
>> IS NOT A JOKE!) Women should know that not every heart attack
>> symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense
>> pain in the jaw line. You may never have the first chest pain
>> during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating
>> are also common symptoms. Sixty percent of people who have a heart
>> attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can
>> wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The
>> more we know the better chance we could survive.

October 15, 2009

Nasi Lemak Hijau

Hari ni adalah hari kemenangan setelah dapat melengkapkan puasa enam. Jadi hari ni beraya lah tanda kemenangan. Pagi ni masak Nasi Lemak Hijau (resepi diambil dari blog Ummi). Terima kasih Ummi di atas resepi yang sedap ni. Lain kali boleh buat lagi. . ni C&P je resepi.

Nasi Lemak Hijau –resepi asal oleh CMG
Bahan:-
4 cawan basmathi - cuci dan rendam 20 minit, toskan.
1 biji kelapa - ambil santannya.
10 helai daun pandan - kerat halus dan kisar
1 cawan air - untuk dikisar dengan daun pandan
(*saya tambah 1 titik pewarna hijau)
2 batang serai - dititik
1 helai daun pandan - simpulkan
1 inci halia - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
5 ulas bawang merah - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis *
1 kuntum bunga lawang *
5 kuntum bunga cengkih *
3 biji buah pelaga * (* bahan rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam (saya tak masukkan pun)
garam

Bahan sampingan:-
Timun/Tomato ceri
Telur dadar/telur rebus
Ikan/Ayam goreng

Cara Memasak:-
Beras diletakkan dalam rice cooker. Perah kelapa dengan air daun pandan yang dikisar tadi secukupnya. Ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan rempah, halia, serai, bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan santan secukupnya mengikut sukatan/jenis beras. Tambah garam dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan tuang santan ke dalam rice cooker. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masaklah nasi seperti biasa. Hidangkan dengan lauk/sambal kegemaran.

Jalan-jalan di Johor (2)

Hari terakhir di Johor singgah dulu kat Batu Pahat, Niat dihati nak merasa Nasi Beriani Gam yang famous di Johor. Tapi nampaknya bisnes masih bercuti memandangkan masih lagi mood raya. Jadi hari tu singgahla kat Medan Selera Peserai. Banyak jugak gerai yang tutup. Ada la 5 atau 6 gerai yang buka. Tapi hanya satu gerai yang mana orang beratur panjang. Ini sudah baik.. menunjukkan gerai ni jadi tumpuan. Kami pun beraturla menunggu giliran walaupun panjang. Tapi servis dia cepat.
Punyalah lapar sampai gambar nasi pun tak sempat snap. Rasa nasi tu ok la. Not bad. Tak apa lain kali cuba lagi kat tempat lain pulak.


Land mark nya kat depan Hospital Putra.

Jalan-jalan di Johor

Masa balik beraya ke Johor tahun ni lah yang paling banyak berjalan. Pergi ke Felda Redong, Labis (rumah mak saudara suami). Esoknya pula ke Pontian rumah adik ipar (Farahani). Sehari kemudian pulak ke Batu Pahat. Singgah jugak ke Air Hitam- seronok tengok macam-macam barang. Rambang mata.. sampai tak tau nak beli apa.. window shopping aja. Lagipun boot kereta dah penuh barang. Lain kali aja singgah lagi. Pastikan boot kereta kosong.

Amsyar di depan pasu-pasu hiasan

Aneka barangan porcelain

Pilih aneka bantal

Aneka beg

Aneka tit-bits

Gambar raya Afham dan Amira (sesat)

Lama tak jumpa

Salam Aidil Fitri. Belum terlambat untuk mengucapkan salam Aidil Fitri memandangkan kita masih lagi di bulan Syawal walaupun dah sampai ke penghujungnya. Hari ni dah 27 Syawal.

Dah lama tak post entry memandangkan sibuk dengan bermacam-macam hal. Tambahan pulak sejak akhir-akhir dah mula berjinak-jinak dengan dengan 'ladang baru' di alam maya (FV) sampai tak sempat nak buka blog sendiri.

Ok lah raya tahun ni giliran Johor pulak. Jadi tahun ni hari Sabtu baru mula berangkat ke Kampung Lenga, Muar Johor. Anak-anak memang seronok sangat kalau dapat beraya di Johor. Baru rasa macam beraya. Kalau beraya di Penang... katanya macam tak balik kg. Tak se-excited macam balik kg di Johor. Apa taknya... sepupu sepapat ramai.. sampai tak kisahkan makan minum.

But I still missed berkumpul adik-beradik di Penang. Tak pa lah next year giliran Penang pulak. Adil.. wait for me next year. Ada la a few gambar2 yang diambil masa raya hari tu. Punyalah sibuk nak makan.. sampai gambar-gambar juadah tak teringat nak snap.

Atuk bergambar dengan cucu-cucu


Gambar satu family tapi ada 3 keluarga lagi yang belum sampai(beraya rumah mertua masing2)


Fahruddin dan keluarga


Farahani dan keluarga



Ismail dan keluarga


Suami dan Muhd Afham

September 13, 2009

Tapai pulut

Ni kali pertama terjumpa tapai pulut yang dibalut dalam daun getah yang bertangkai. Satu tangkai ada 3 biji.. harganya RM1. Uniknya. Tapai pulut ni memang kegemaran arwah bapa. Siap diminumnya dengan air sekali. My anak semua tak suka makan.. sebab diorang bau pelik. Ye lah bau alkohol.



H1P3 berbuka puasa

Sempena bulan yang mulia ini, satu majlis berbuka puasa tak formal diadakan untuk pelajar H1P3. Teringat pulak zaman student dulu.. mak ayah jauh. Jadi sekali-sekala dapat menjamah juadah berbuka bersama kawan-kawan.. alangkah bahagianya.

Hari ini mungkin hari yang bersejarah bagi pelajar2 H1P3. Tentu mereka terkenangkan juadah berbuka yang dimasak oleh ibu masing-masing. Tersentuh juga hati.

Makanan semuanya dibeli di Pasar Ramadhan (Param) bukan dimasak sendiri.

Persiapan sebelum berbuka

'ustaz' 'che wan' sedang membaca doa (sampai tertutup muka)


'Mentara'- Melissa dan Nehlah

September 8, 2009

Menu berbuka hari ini

Dah lama tak post menu berbuka. Ini atas permintaan students supaya apa yang dimasak hari ni dimasukkan ke dalam blog. Tak ada apa yang special

Jenahak goreng bercili

Mee goreng

Maaf hari ni tak sempat nak tulis resepi. Tunggulah bila rajin nanti.

AYAM GORENG BERCILI

Ayam goreng bercili

½ ekor ayam- dipotong kecil,digaul garam kunyit dan goreng

1 labu bawang besar – hiris membulat

2 tangkai daun kari

3 sudu makan serbuk cili

Sedikit gula dan kicap

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan daun kari sehingga layu.

Masukkan serbuk cili, perlahankan api –mengelakkan serbuk cili daripada renting.

Masukkan ayam goreng dan digaul rata dengan serbuk cili.

Taburkan sedikit gula dan kicap.

Kacau rata. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.

** Selain daripada ayam, bolehlah digantikan juga dengan udang.

September 7, 2009

Kesilapan biasa umat Islam di bulan puasa

Lama dah tak blogging. Hari ni ada sedikit info tentang kesilapan biasa yang kita lakukan di bulan puasa yang mulia ini. Info ni diambil dari cari.com Sama-samalah kita renungi untuk kebaikan bersama.

Antara kesilapannya ialah:

1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).

Keadaan seperti ini ada disebutkan dalam hadith ertinya: "Sesungguhnya sesiapa yg telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu"
(riwayat Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.

Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkn sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yg diletakkan oleh NABI SAW."
(Fathul-Bari,4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukn ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik unntuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ini adalah satu kesilapan yg amat besar. Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yg menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang. Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yg akan ditanya oleh ALLAH kpd kita di akhirat kelak.

5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja2 di siang hari dgn alasan berpuasa. Sedangkan kerja yg kiter lakukan di pejabat atau di mana2 tempat kerja pun, bila diniatkan Ibadah maka sudah pastinya akan menambahkan lagi pahala untuk kita.

6) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah. Sedangkan Imam As-Suyuti menegasakan bahawa hadith yg menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah.
(Al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291)

7) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih. Ramai yang lupa & tidak mengetahui kelebihan besar semua solat Fardhu berbanding solat sunat, terutama sekali solat Subuh Berjemaah yang disebut oleh NABI SAW: "Bagi orang yg mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

8) Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat sekadar inginkn meriah. Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang itu(lelaki mahupun wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha ALLAH SWT sebagaimana yg ditetapkan oleh NABI SAW di dalam hadith:

ertinya: "sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat".
(Riwayat Bukhari)

9) Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba'.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan ALLAH & RasulNYA.. wal'iyazubillahi min zaalik..

Wallahu'alam...

August 31, 2009

Sahur

Waktu nak bersahurlah yang paling pening fikir nak masak apa. Sebab selalunya anak-anak tak berselera nak makan.. lebih nak tidur aje.

Haa.. semalam terfikir nak masak telor dadar kicap. Amsyarlah orang paling bersemangat makan.. sampai 3 pinggan nasi.

Lepas tu kata pukul 5.00 pagi sebelum imsak nak makan lagi tapi dah tak termakan sebab terlalu kenyang.


Telor dadar kicap

Disusunnya kepingan telor sekeliling pinggan

Amsyar bersemangat makan sahur

Berbuka hari ke 8

Hari ni dah masuk hari ke 8 kita berpuasa. Sekejap saja masa beredar.
Hari ni masah bihun goreng, sayur betik goreng dan ayam masak kicap saja.

Bihun goreng

Sayur betik goreng (resepi suami)

Ayam masak kicap

August 30, 2009

Kuih raya

Hujung minggu baru ni cuti lama sampai 3 hari.. jadi sempatlah nak buat kuih raya. Cookies ni antara yang ditempah oleh kawan-kawan ofis. Buat tak banyak.. mana ada banyak masa...saja suka-suka.

2 jenis saja tat nenas dan samperit. Untuk kuih raya dirumah.. nanti lah lepas habis kuih tempahan dibuat baru boleh mula.



deretan tat nenas menunggu giliran untuk dibakar

debaran sebelum masuk oven

Samperit

August 25, 2009

Bottle Terrarium

Project Bottle Terrarium ni adalah satu keperluan kerja kursus pelajar untuk Semester 1.
Dalam project ini beberapa kumpulan pelajar akan menyediakan a miniature landscape/ecosystem with living plants. It is a garden of plants growing in a clear container/bottle. A bottle terrarium is a closed environment

Tropical terrarium requires high level of humidity, are sealed to maintain the moisture level. Water from the soil and transpiration are collected on the sides of the terrarium,where it cools and condenses and returns to the soil.

To make your own terrarium you need :
  • bottle
  • small plants
  • seedlings
  • Spaghnum moss or Spanish moss ( pokok macam janggut)
  • small pebbles
  • activated charcoal - beli dari pet supply shop
  • soil
  • accessories for decoration
Yang menariknya, size of the opening at the top of the bottle. Lebih kecil mulut botol lebih sukar nak masukkan plants.

Dibawah ni adalah hasil terrarium students yang diberi masa lebih kurang 4 minggu.

Hasil kerja pelajar H1P3




Kumpulan Shafiqa

Kumpulan Melissa

Kumpulan Yong Li Xin

Kumpulan Faisal

Sambal Getuk


Sambal Getuk
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 10 biji cili padi (kalau suka pedas, tambah lagi)
  • Segenggam ikan bilis
Goreng ikan bilis. Angkat dari kuali.
Goreng dengan minyak tadi, masukkan bawang dan cili padi sehingga layu. Angkat.
Kesemuanya dimasukkan dalam lesung dan ditumbuk sehingga sebati. Jangan terlalu lumat. Biar agak kasar sikit.
Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.

Lempeng

Lempeng ni makanan kegemaran che abang sebagai sarapan. 1 pinggan ni dia sorang boleh habiskan. Sedap dimakan bersama sambal bilis.

Lempeng ni dibuat sebelum bulan puasa tapi tak sempat post.. sekarang baru sempat.


300g tepung gandum


air mengikut sukatan

garam mengikut rasa


Tepung gandum dibancuh dengan air garam menjadi batter.

Panaskan kuali non-stick yang leper dan lenserkan sedikit minyak.
tuang bancuhan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.








Hari 3 Ramadhan

Dah masuk hari ke 3 bulan Ramadhan dan hari pertama bekerja setelah 2 hari bercuti. Jadi ketidaksempatan tu dah mula. Jadi hari ni ada 1 lauk jenis tunjuk aje. Ada pencuci mulut lagi.

gulai nangka (lauk tunjuk)

tempe masak kicap


sayur campur


puding triffle

Puding Triffle
  • 1 tin kecil fruit cocktail
  • 600ml susu UHT
  • 50g gula
  • 40g tepung custard
  • 1 kotak jelly (perisa Raspberry/Strawberry

100ml drp sukatan susu diacmpur dengan tepung custard -dijadikan bancuhan
500ml susu dipanaskan.
Bila membuak masukkan bancuhan custard tadi. Kacau hingga berkilat.
Tutupkan api.
Fruit cocktail tanpa air dimasukkan kedalam acuan.
Kemudian masukkan custard. Tunggu hingga agak sejuk.
Dalam bekas lain masakkan 2 cawan air dengan 1 kotak jelly hingga mendidih.
Tuang perlahan-lahan ke dalam acuan.Sejukkan dalam peti ais.

August 24, 2009

Tidur, tidur, tidur zzzzzzzzzzzzz

Cuti sekolah dah bermula.. apa lagi tidur puas-puaslah. My 3 heroes ni musim cuti-cuti sekolah ni boleh tidur sampai pukul 2 petang. Tak ada orang nak bising.Tambah-tambah pulak bulan puasa ni... zzzzzzzzzz aja lah


ni lah 'den' diorang


Bila diselak... aik ada 3 orang rupanya


From left Amsyar, Afham dan Akmal

Nothing to do with cooking and recipes

Minggu ni practical class yang dinanti2kan oleh students-- Dissection. Student kena dissect tikus putih sebagai melengkapkan keperluan praktikal untuk semester 1. Students nampak excited sampai berposing dengan tikus.

Dalam pada tu ada laa 2 org pelajar yang tak boleh tahan.. so diaorang duduk sebelah aje tunggu kawan2 siapkan kerja.Kesian tunggu hasil kerja kawan-kawan untuk tulis report

Masing-masing berlagak macam doktor haiwanlah konon.

Si gadis-gadis ayu sedang berposing dengan mangsa

Tikus sedang dimandikan

Sedang menunggu ajal

Siap dibedah(tertukar jantina lak)

Riuh-rendah masing-masing .. siap cakap nak buat kari la, masak kicap la etc.