http://thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds/item/353/asInline.html

http://thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds/item/353/asInline.html
http://thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds/item/353/asInline.html

July 28, 2009

Moi kosong, sayur and sambal bilis



Menu hari ni simple saja. Macam menu orang demam pulak iaitu moi kosong, sayur tauge kucai dan sambal bilis.

Rasanya semua pandai masak moi kan? Jadi disini ditulis resepi utk sambal bilis saja

Sambal ikan bilis
5 bwg merah
2 bwg putih
15 tangkai cili kering- kesemua diblend hingga halus
segenggam ikan bilis ditumbuk kasar
air asam jawa, garam dan gula -ikut rasa
Panaskan minyak 2 sudu makan, masukkan ikan bilis ditumbuk tadi sehingga agak kekuningan.
Kemudian masukkan bahan dikisar. Masukkan garam, gula dan air asam mengikut rasa.
Masakkan sehingga naik minyak. Baru diangkat.

** Sambal ni juga sedap dimakan bersama Lempeng.

No comments: