http://thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds/item/353/asInline.html

http://thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds/item/353/asInline.html
http://thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds/item/353/asInline.html

July 28, 2009

Moi kosong, sayur and sambal bilis



Menu hari ni simple saja. Macam menu orang demam pulak iaitu moi kosong, sayur tauge kucai dan sambal bilis.

Rasanya semua pandai masak moi kan? Jadi disini ditulis resepi utk sambal bilis saja

Sambal ikan bilis
5 bwg merah
2 bwg putih
15 tangkai cili kering- kesemua diblend hingga halus
segenggam ikan bilis ditumbuk kasar
air asam jawa, garam dan gula -ikut rasa
Panaskan minyak 2 sudu makan, masukkan ikan bilis ditumbuk tadi sehingga agak kekuningan.
Kemudian masukkan bahan dikisar. Masukkan garam, gula dan air asam mengikut rasa.
Masakkan sehingga naik minyak. Baru diangkat.

** Sambal ni juga sedap dimakan bersama Lempeng.

July 27, 2009

Ikan Siakap 3 Rasa



dah lama tak makan ikan siakap stim . Tapi tiba-tiba teringin pulak nak makan 3 Rasa. cari punya cari resepi terjumpa kat dalam F&R Cari.forum


1 ekor ikan siakap - lumur garam kunyit dan goreng
5 bwg putih -ditumbuk
3 bwg merah -ditumbuk
2" halia-mayang
8 cili padi - belah 2
garam, gula
1/2 cwn air - tp saya guna sikit saja air

Sos
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram

Goreng ikan - ketepikan. Tumis cili hingga layu. Masukkan halia, bawang putih dan merah hingga kuning.
Masukkan sos, tambah air dan rasa garam dan gula. Angkat dan siram ke atas ikan tadi. Siap.

salam




hai.. jumpa lagi

nama saya Muhammad Afham bin Fahruddin
umurrr 5 tahun lahh..

yang ini pulak saya dengan abang saya .. Amsyar. Umur 10 tahun.
A
Amsyar ni minat main bola sepak.

July 26, 2009

Nasi Ayam Afissmile





Nasi Ayam

1 ekor ayam -direbus bersama hirisan halia; toskan ayam-digaul garam dan kicap dan diperap
3 pot beras siam -dicuci dan toskan
10 ulas bwg merah-dikisar
5 ulas bwg putih -dikisar
1 labu bwg besar- dihiris bulat
2 inci halia- dikisar
4 sudu makan minyak sapi
Bunga cengkih, lawang,kulit kayu manis secukupnya untuk ditumis
garam kunyit-warna nasi

Cara memasak nasi
bwg putih, merah dan halia yang telah dikisar diambil separuh sukatan untuk menumis nasi.
Panaskan minyak sapi. Tumiskan cengkih, lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau masukkan bahan kisar tadi sehingga wangi. Sukat air rebusan ayam mengikut sukatan beras.Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam mengikut rasa.
Bila menggelegak, masukkan beras yang telah ditos. Masak sehingga betul-betul kembang dan masak.

Cara membuat sup
Tumis lebihan bahan kisar tadi dgn minyak sapi. Bila sudah harum bolehlah masukkan air lebihan rebusan ayam tadi. Biar mendidih . Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. tambah garam secukup rasa.

Cara membuat ayam
Ayam yang diperap tadi bolehlah digoreng dengan minyak masak.Bila habis bolehlah dibuangkan separuh minyak gorengan tadi dan masukkan bwang besar yang dihiris tadi kedalam minyak. goreng sehingga layu. Kemudian masuukan baki kicap perapan ayam tadi. Tutup api. Kicap ini bolehlah disiram di atas ayam goreng yang telah dipotong-potong.

kari kepala ikan

resipi hari ni ialah kari kepala ikan
3 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
1 sudu kecil halba campur
2 cwn santan
air asam jawa
2 tangkai daun kari
3 sudu minyak untuk menumis
1 peket rempah kari ikan
bendi/ tomato dibelah 4


Separuh dari jumlah bwg dihiris halus dan separuh lagi ditumbuk
Panaskan minyak , tumis halba campur dan daun kari lepas tu masuukan bawang yang dihiris tadi.
Bila bawang dah layu masukkan bancuhan rempah bersama air asam jawa.
tunggu sehingga naik minyak.
kemudian masukkan kepala ikan. gaul sebati
Masukkan santan hingga mendidih
Akhir sekali masuukan bendi atau tomato yang dibelah 4

July 25, 2009

Menu untuk brunch



hari ini breakfast lambat dan lunch terawal --->brunch. Hari ni masak kari kepala ikan, sambal belacan beserta ulam-ulaman dan ikan siakap bakar aje.

lepas brunch terus keluar balik ke KB .. pi ganti bateri jam. Banyak jam-jam yang dah lama tak pakai.. pi ganti bateri. Total cost RM67.00


July 23, 2009

Mee Kuah Udang


Lepas balik dari sauna FIR perut terasa lapar.. apalagi hari ni teringatkan nak makan mee kuah udang yang dah lama tak buat. Bahan-bahan memang dah ada dalam fridge sebab memang dah set 2 minggu cuti ni nak masak apa yang teringin nak makan.

Selama ni kalau hari bekerja.. bila teringin nak makan apa-apa, beli aje jawabnya sebab tak sempat nak masak.
Dibawah ni ada resepi Mee Kuah Udang saya..
1 bungkus mee dicelur
500g udang -digoreng garam kunyit
Kepala udang direbus dan diblend-ambil air
1 tin tomato soup
3 sudu makan cili boh - ikut kepedasan

sayur-sayur
sawi/kailan
taugeh
Semuanya dicelur

Untuk hiasan
Telur rebus
tauhu goreng
daun sup dan bawang
tomato dihiris
Udang goreng

Cara membuat kuahnya
Tumis bawang putih bersama minyak. masukkan cili boh hingga naik minyak.
Kemudian masukkan air rebusan kepala udang diikuti dengan tomato soup. Rasa asam, garam dan gula. Kalau nak pekatkan kuah boleh ditambah dengan tepung jagung.
Siap bolehlah dihidangkan.




SAUNA FIR

Saya baru diperkenalkan oleh seorang kawan tentang sauna FIR ni. Ada banyak kelebihan sauna jenis ni berbanding sauna biasa antaranya boleh membakar lemak dan boleh menguruskan badan. Bulan Julai ni Zazen FIR ada buat promosi. First trial cuma dikenakan bayaran RM5 saja. So saya pun cubalah dengan membawa mak untuk satu sesi selama 30min.

Memang berpeluh.. sampai basah kain yang dipakai tu. This is my first experience. At first tu rasa juga macam sesak nafas.. tapi kena minum air banyak untuk gantikan water loss. lepas habis sesi tu saya signed up for a package - 3 session for RM 45. Signed up for myself and mum.

July 22, 2009

makan lagi...



Sibuknya hari ni.. boleh dikatakan hari-hari sibuk. Hari kerja lagi la sibuk.. ingatkan bila dah cuti ni bolehla relax-relax kat rumah tapi ada saja yang nak dibuat.

mmm hari ni masih lagi rajin terlebih memandangkan anak dara saya masih bercuti... so bolehla masak makan . Inipun atas permintaan dia sebelum balik ke kolej.

Menu hari ni ialah... nasi impit kuah kacang dengan rendang ayam. macam menu nak raya pulak. ini dia...


July 21, 2009

Jom makan laksa


menu hari ni laksa penang. tentu ramai yang dah tahu macamana nak buat laksa penang ni. Tapi resepi hari ni lain sikit. Ini saya tuliskan resepi untuk kuahnya.

Kuah laksa Penang
1 kilo ikan kembung -direbus, dibuang tulang dan diblend
3 sudu makan cili boh
1 inci belacan
3 sudu sos plum
sedikit ubi sengkuang
1 inci lengkuas- diketuk
garam asam ikut rasa
bunga kantan
daun kesom


July 20, 2009

yeayyy holidays!

At last .. cuti jugak. Puas menunggu sampai 9 weeks..hmm barulah boleh relax sikit dan nak mulakan project Raya Cookies with Falcon. Nanti bila dah cuba bolehla ambik gambar hasilnya. Apa-apa pun kita tunggu dulu. penyakit M masih membelenggu diriku.

July 17, 2009

salam


Assalamualaikum, ini merupakan post pertama saya. baru nak belajar lah katakan