September 13, 2009
Tapai pulut
Ni kali pertama terjumpa tapai pulut yang dibalut dalam daun getah yang bertangkai. Satu tangkai ada 3 biji.. harganya RM1. Uniknya. Tapai pulut ni memang kegemaran arwah bapa. Siap diminumnya dengan air sekali. My anak semua tak suka makan.. sebab diorang bau pelik. Ye lah bau alkohol.
H1P3 berbuka puasa
Sempena bulan yang mulia ini, satu majlis berbuka puasa tak formal diadakan untuk pelajar H1P3. Teringat pulak zaman student dulu.. mak ayah jauh. Jadi sekali-sekala dapat menjamah juadah berbuka bersama kawan-kawan.. alangkah bahagianya.
Hari ini mungkin hari yang bersejarah bagi pelajar2 H1P3. Tentu mereka terkenangkan juadah berbuka yang dimasak oleh ibu masing-masing. Tersentuh juga hati.
Makanan semuanya dibeli di Pasar Ramadhan (Param) bukan dimasak sendiri.

September 8, 2009
Menu berbuka hari ini
Dah lama tak post menu berbuka. Ini atas permintaan students supaya apa yang dimasak hari ni dimasukkan ke dalam blog. Tak ada apa yang special
AYAM GORENG BERCILI
½ ekor ayam- dipotong kecil,digaul garam kunyit dan goreng
1 labu bawang besar – hiris membulat
2 tangkai daun kari
3 sudu makan serbuk cili
Sedikit gula dan kicap
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan daun kari sehingga layu.
Masukkan serbuk cili, perlahankan api –mengelakkan serbuk cili daripada renting.
Masukkan ayam goreng dan digaul rata dengan serbuk cili.
Taburkan sedikit gula dan kicap.
Kacau rata. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.
** Selain daripada ayam, bolehlah digantikan juga dengan udang.
September 7, 2009
Kesilapan biasa umat Islam di bulan puasa
Lama dah tak blogging. Hari ni ada sedikit info tentang kesilapan biasa yang kita lakukan di bulan puasa yang mulia ini. Info ni diambil dari cari.com Sama-samalah kita renungi untuk kebaikan bersama.
Antara kesilapannya ialah:
1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).
Keadaan seperti ini ada disebutkan dalam hadith ertinya: "Sesungguhnya sesiapa yg telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu"
(riwayat Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.
Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkn sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yg diletakkan oleh NABI SAW."
(Fathul-Bari,4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukn ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik unntuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ini adalah satu kesilapan yg amat besar. Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yg menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang. Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yg akan ditanya oleh ALLAH kpd kita di akhirat kelak.
5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja2 di siang hari dgn alasan berpuasa. Sedangkan kerja yg kiter lakukan di pejabat atau di mana2 tempat kerja pun, bila diniatkan Ibadah maka sudah pastinya akan menambahkan lagi pahala untuk kita.
6) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah. Sedangkan Imam As-Suyuti menegasakan bahawa hadith yg menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah.
(Al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291)
7) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih. Ramai yang lupa & tidak mengetahui kelebihan besar semua solat Fardhu berbanding solat sunat, terutama sekali solat Subuh Berjemaah yang disebut oleh NABI SAW: "Bagi orang yg mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
8) Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat sekadar inginkn meriah. Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang itu(lelaki mahupun wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha ALLAH SWT sebagaimana yg ditetapkan oleh NABI SAW di dalam hadith:
ertinya: "sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat".
(Riwayat Bukhari)
9) Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba'.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan ALLAH & RasulNYA.. wal'iyazubillahi min zaalik..
Wallahu'alam...

Subscribe to:
Posts (Atom)